Presiden dan CEO FGV Holdings Bhd Digantung Tugas | Edisi MG 13 September 2018

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV Holdings Bhd., Datuk Zakaria Arshad digantung tugas berkuatkuasa hari ini sehingga satu tarikh diberitahu kelak selepas diberikan Notis Inkuiri oleh lembaga pengarah syarikat.

Dalam satu kenyataan di Bursa Malaysia hari ini, ahli lembaga syarikat perladangan sawit terbesar negara itu berkata, Zakaria diberikan notis berkenaan susulan siasatan dalaman melibatkan 10 isu kritikal di dalam syarikat.

“Kesemua isu-isu tersebut menyebabkan kerugian terhadap FGV dan pemegang sahamnya,” kata syarikat berkenaan.

 

 

Jabatan Pemilihan Parti (JPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) digesa menangguhkan pemilihan parti itu kepada satu tarikh lain bagi memberi tumpuan kepada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson.

Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Md Akin berkata, ia bagi memastikan pemimpin dan ahli parti itu dapat memberi tumpuan sepenuhnya untuk memenangkan calonnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.