Mahathir
Perdana Menteri merangkap Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media khas Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di Menara Yayasan Selangor, Petaling Jaya. foto IQBAL BASRI, 14 SEPTEMBER 2018

PETALING JAYA – Manifesto Pakatan Harapan (PH) perlu dikaji semula ekoran sebahagian daripadanya menimbulkan masalah, kata Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Menurutnya, menifesto yang dibuat gabungan parti politik itu jika dilaksanakan berpotensi untuk merugikan negara.

“Kita berpendapat bahawa sebahagian daripada janji kita dalam manifesto timbulkan banyak masalah.

“Kita beritahu kepada kerajaan Pakatan Harapan untuk mengkaji semula janji-janji yang dibuat semasa kita percaya kita akan kalah tapi sekarang ini kita menang.

“Kalau kita laksana, mungkin kita alami kerugian yang amat besar. Sebab itu kita perlu kajian,” katanya ketika sidang media. 

Terdahulu beliau mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) di ibu pejabat parti itu. -MalaysiaGazette