Accapan

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pelawak tanah air, Accapan meninggal dunia di rumahnya awal pagi tadi di kediamannya awal pagi tadi akibat kegagalan buah pinggang.

Beliau berusia 63 tahun.

Accapan atau nama penuhnya, Samynathan a/l Rethinam menghembuskan nafas di samping keluarganya pada 2.43 pagi.

Setiausaha Agung Seniman, Hafiz Nafiah berkata, kematian mendiang dimaklumkan anak bongsunya, Yhuveneshwary.

Yhuveneshwary berkata, upacara penghormatan terakhir akan dilakukan di rumah beliau di 2A Jalan PU 3/2A, Taman Puchong Utama 47140, Selangor pada pukul 3 petang ini.

Accapan meninggalkan seorang isteri Yogeswari Subramaniam 53 dan 3 orang anak mereka, Vikneshwaran Samynathan, 31;
Dhineshwaran Samynathan, 28 dan  Yhuveneshwary Samynathan, 24.

Beliau telah banyak berlakon dalam drama dan filem tempatan dengan pelbagai watak yang mencuit hati penonton serta meninggalkan kesan kepada penonton.

Pasti peminat akan merindui telatah beliau didalam sitkom popular Pi Mai Pi Mai Tang Tu. – MalaysiaGazette