KUALA LUMPUR – Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan pelabur menjangka pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) yang positif bagi Ogos.

Pada 9 pagi, ringgit mengukuh kepada 4.1380/1420 berbanding dolar AS daripada 4.1430/1460 penutup semalam.

Penganalisis di FXTM, Lukman Otunuga, berkata data IHP bagi Ogos dijangka melonjak 1.5 peratus, mencetuskan minat pelabur.

Bagaimanapun, katanya sungguhpun ringgit boleh mengukuh lagi sekiranya kadar inflasi menyamai atau lebih baik daripada jangkaan, ia kekal sensitif kepada faktor luaran.

Ringgit didagangkan kebanyakannya lebih lemah berbanding mata wang utama lain.

ia susut sedikit berbanding dolar Singapura kepada 3.0193/0229 daripada 3.0181/0216 Khamis dan menokok berbanding yen kepada 3.6923/6969 daripada 3.7170/7204.

Ia turun berbanding euro kepada 4.8373/8428 daripada 4.8129/8168 dan susut berbanding pound British pada 5.4262/4322 berbanding 5.4066/4126. – MalaysiaGazette