Barisan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018.

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Bawah 16 tahun (B-16) kebangsaan, Lim Teong Kim menyenaraikan 23 pemain bagi membarisi skuad Malaysia pada Kejuaraan B-16 AFC 2018 di Kuala Lumpur bermula  20 September hingga 7 Oktober ini.

Malaysia yang diundi dalam Kumpulan A akan memulakan kempen berdepan Tajikistan pada 20 September diikuti aksi menentang Thailand (23 September) dan  Jepun (26 September) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

Jika berjaya menduduki dua tempat teratas Kumpulan A, pasukan negara akan bertemu juara atau naib juara Kumpulan B yang terdiri daripada pasukan Korea Utara, Oman, Yaman dan Jordan pada aksi suku akhir yang dijadualkan  30 September.

Sekiranya pasukan negara muncul juara Kumpulan A, perlawanan akan berlangsung di Stadium Nasional manakala jika naib juara  mereka akan beraksi di Stadium Petaling Jaya, Kelana Jaya.

Perlawanan separuh akhir dijadualkan pada 4 Oktober di Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, manakala final pula pada 7 Oktober di Stadium Nasional.

Selain Stadium Nasional dan Stadium Petaling Jaya, satu lagi gelanggang kejohanan ialah  Arena Universiti Malaya (UM Arena), Kuala Lumpur.

Tiket dijual pada harga RM10 (dewasa) dan RM5 (kanak-kanak) di ketiga-tiga venue  namun bagi perlawanan di Stadium Nasional, tiket turut dijual untuk kategori VIP berharga  RM20 dan grandstand RM15.

Berikut adalah senarai 23 pemain yang membawa cabaran negara ke Kejuaraan B-16 AFC 2018:

BIL  NAMA   POSISI
1.  Sikh Izhan Nazrel Sikh Azman  Penjaga Gol
2  Azannis Adzri Abdul Halim  Pertahanan
3.  Muhammad Firdaus Ramli  Pertahanan
4.  Ali Imran Sukari  Pertahanan
5.  Muhammad Hariz Mansor  Pertahanan
6.  Mohamad Ikhwan Mohd Hafizo  Tengah
7.  Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal  Penyerang
8.  Muhammad Firdaus Kaironnisam  Tengah
9.  Muhammad Amirul Azzim Mohd Ruzki  Penyerang
10.  Luqman Hakim Shamsudin  Penyerang
11.  Muhamad Alif Abdul Mutalib  Pertahanan
12.  Muhammad Raimi Shamsul  Pertahanan
13.   Harith Naem Jaineh  Penyerang
14.  Ahmad Zikri Mohd Khalili  Pertahanan
15.   Alif Daniel Abd Aziz  Tengah
16.   Muhamad Umar Hakeem Suhar Rezwan  Tengah
17.  Mohammad Alias Alan  Pertahanan
18.  Muhammad Syukur Fariz Januri  Tengah
19.  Harith Haiqal Adam Afkar  Tengah
20.  Muhammad Danial Amali  Penyerang
21.  Abdul Alim Al-Amri Ali  Penjaga Gol
22.  Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri  Penjaga Gol
23.  Muhammad Danish Ishak  Pertahanan

– MalaysiaGazette