Kata-kata aluan Jho Low di laman sesawang jho-low.com
Kata-kata aluan Jho Low di laman sesawang jho-low.com

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini mempertahankan dirinya sebagai tidak bersalah.

Menerusi laman sesawangnya, Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low berkata, sejak beberapa tahun lalu, beliau menjadi subjek kepada tuduhan dikaitkan dengan operasi 1MDB yang merentasi dunia.

Katanya, terlalu banyak tuduhan daripada pelbagai sumber atau maklumat yang bocor antara agensi-agensi kerajaan di seluruh dunia atau tuduhan yang tidak dibuktikan di mahkamah dilemparkan terhadapnya.

Sedangkan beliau tidak diberi peluang untuk membuat penjelasan.

Jho Low berkata, gambarnya telah diarak di jalan-jalan di Kuala Lumpur dan dijadikan gambar di tabloid di seluruh dunia.

Katanya, beliau tidak mempunyai platform yang mana maklumat objektif boleh dibentangkan mengenai isu-isu tersebut.

Ia belum termasuk perundangan yang tidak dijadikan gosip, sindiran dan tuduhan yang belum dibuktikan.

“Laman sesawang ini adalah usaha untuk mengubahnya,” kata beliau dalam kata-kata aluan di laman webnya jho-low.com yang ditandatanganinya.

Jutawan itu berkata, dengan adanya laman sesawang itu ia akan menyediakan pandangan seimbang terhadap segala pertuduhan dan kebenaran disebalik dakwaan yang dikaitkan dengan 1MDB.

“Biar saya jelaskan. Saya tidak bersalah. Saya mungkin melakukan perkara yang berbeza, seperti mana-mana anak muda, tetapi kesilapan yang saya buat tidak besar dan merosakkan dengan dakwaan yang dibuat terhadap saya.

“Terdapat begitu banyak fakta asas yang mereka letakkan kesalahan ke atas saya. Laman sesawang ini akan memaparkan fakta-fakta dan memberikan kisah sebenar

“Saya hanya meminta semua orang – mahkamah, pendakwa dan orang awam – berfikiran terbuka sehingga kesemua keterangan itu menjadi jelas,” katanya. – MalaysiaGazette