KUALA LUMPUR – Satu majlis bagi mengumpul semula bekas penuntut Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media dan Kajian Sebaran Am Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan diadakan pada 27 Oktober depan.

Masscom Night itu dijadualkan diadakan di Dewan Seri Hatinie, Seksyen 15, Shah Alam.

Pengarah Masscom Night, Haniff Ghazali berkata, majlis itu bertujuan untuk menemukan bekas-bekas penuntut Masscom daripada pengkhususan kewartawanan, penyiaran, perhubungan awam dan pengiklanan.

Menurutnya, majlis itu turut meraikan bekas-bekas pensyarah.

Hanif berkata, setiap bekas penuntut dikenakan bayaran sebanyak RM100 seorang.

Beliau yang juga Setiausaha Alumni Masscom berkata, bekas-bekas penuntut Masscom UiTm yang berminat untuk hadir diminta menghubungi talian 012-216 7577 atau Ziela Makrof 019-383 0338. – MalaysiaGazette