Seorang Kaunselor dari Tribunal Perkahwinan, Yang Bao An berkata, data tidak rasmi menunjukkan orang yang melepasi umur 20 hingga 30 tahun dan belum berkahwin boleh mengalami pertukaran orientasi seksual kerana telalu lama membujang.
Seorang Kaunselor dari Tribunal Perkahwinan, Yang Bao An berkata, data tidak rasmi menunjukkan orang yang melepasi umur 20 hingga 30 tahun dan belum berkahwin boleh mengalami pertukaran orientasi seksual kerana telalu lama membujang. - foto hiasan
KUALA LUMPUR – Seorang Kaunselor dari Tribunal Perkahwinan, Yang Bao An berkata, data tidak rasmi menunjukkan orang yang melepasi umur 20 hingga 30 tahun dan belum berkahwin boleh mengalami pertukaran orientasi seksual kerana telalu lama membujang.
Bao An berkata kepada China Press, maklumat tidak rasmi menunjukkan antara 20 hingga 25 peratus orang yang membujang telah mengalami keadaan itu yang menyaksikan mereka menjadi  lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).
Beliau berkata, trend sosial itu harus diberi lebih banyak perhatian berbanding isu lambat kahwin yang sedang berlaku.
Dalam pada itu, menurutnya, empat faktor telah membawa kepada keadaan membujang dan juga bercerai.
Jelasnya, faktor itu termsuk soal kewangan, masalah kayu tiga dan faktor individu ketiga termasuk ahli keluarga, sasaran kehidupan yang berbeza, serta keganasan rumah tangga termasuk dari segi mental.
Katanya, ramai wanita berjaya dalam kerjaya malahan mempunyai pendapatan lebih tinggi daripada lelaki.
“Hanya apabila masing-masing lelaki dan perempuan tidak kisah dengan keadaan ini, barulah mereka boleh hidup sebumbung dengan baik,” katanya.
Tambahnya, walaupun kaum Adam berusaha, tetapi tidak kurang yang berpendapat mereka tidak padan dengan wanita yang lebih berjaya. – MalaysiaGazette