Sebahagian dari wakl rakyat UMNO yang hadir dalam pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn.
Sebahagian dari wakl rakyat UMNO yang hadir dalam pertemuan bersama Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Menara Dato Onn.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengadakan pertemuan dengan sebahagian ahli Parlimen UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.

Antara yang hadir ialah Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa; Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen, Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abd Rahman; Ahli Parlimen Larut, Datuk Seri Hamzah Zainuddin; dan beberapa orang lagi.

Pertemuan itu dipercayai bagi membincangkan pelbagai perkara terutamanya berkaitan tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Seri Anifah Aman meninggalkan UMNO.

Khabar angin bertiup kencang beberapa orang lagi wakil rakyat UMNO akan meninggalkan parti dalam masa terdekat.

Sementara itu Khairy di laman Twitter memberitahu, pertemuan tersebut adalah bertujuan membincangkan penyediaan Bajet Alternatif untuk dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang. – MalaysiaGazette