G
Gambar hiasan: Kabinet putuskan umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.

PUTRAJAYA- Kabinet memutuskan umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun berbanding 21 tahun sebelum ini.

Ketika mengumumkan perkara itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, kerajaan akan berkerjasama rapat dengan sayap-sayap pemuda parti pembangkang bagi memastikan draf undang-undang baharu itu dapat diluluskan di Parlimen.

“Salah satu perkara penting yang perlu dilakukan sekarang adalah bekerjasama dengan pergerakan pemuda daripada parti-parti pembangkang kerana kami memerlukan sokongan majoriti 2/3 sebelum dapat meminda perundangan,” katanya semasa sidang media khas di sini hari ini.

Menurut Syed Saddiq, keputusan untuk menurunkan umur layak mengundi kepada 18 tahun itu diambil semasa mesyuarat kabinet hari ini.

Sekiranya berjaya, Malaysia akan mengikut jejak langkah Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, India, Indonesia, Kemboja, Filipina dan Thailand.

Di Malaysia, warganegara yang berusia 18 tahun sudah dianggap dewasa dan memikul tanggungjawab sendiri serta dibenarkan untuk memiliki lesen dan sebagainya.-MalaysiaGazette