Hutang China semakin meningkat

BEIJING – China akan menguatkuasakan tarif bernilai AS$60 juta bilion bagi barangan Amerika Syarikat sebagai tindak balas ke atas tarif yang dikenakan kepada negara itu sebanyak AS$200 bilion.

Tarif oleh Beijing itu akan berkuatkuasa minggu depan, sama dengan tarikh yang ditetapkan Amerika Syarikat, menurut Kementerian Kewangan China.

Kadar tarif itu akan menjadi 5.0 peratus dan 10 peratus berbanding 5, 10, 20 dan 25 peratus yang dicadangkan pada bulan lalu.

Tindak balas China itu meningkatkan risiko konflik perdaganganantara dua kuasa besar ekonomi dunia, mengambil kira ancaman Presiden Donald Trump untuk mengenakan lagi tarif sebanyak AS$267 bilion barangan China.

Jika ia dikuatkuasakan bermakna semua import China akan tertaklum kepada tarif tambahan dan Beijing jika tidak akan berdiam diri.

Kementerian Perdagangan China juga berkata, langkah Amerika Syarikat itu membawa ketidakpastian baru kepada konsultasi dua hala.

Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat, Steven Mnuchin mencadangkan minggu lepas bahawa rundingan akan diadakan di Washington untuk menyelesaikan pertikaian perdagangan.

China, yang merancang untuk menghantar delegasi yang diketuai oleh Penasihat Ekonomi Utama, Liu He ke Amerika Syarikat minggu depan, kemungkinan akan membatalkan lawatan tersebut. – MalaysiaGazette