Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kenyataan mengesahkan penahanan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini berhubung kes Malaysia Development Berhad (1MDB) berkaitan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

Menurut SPRM dalam kenyataan media sebentar tadi, penahanan itu dibuat pada petang ini pukul 4.13 petang di Ibu Pejabat SPRM, di Putrajaya.

Beliau akan dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 20 September ini pada pukul 3 petang atas beberapa pertuduhan.

“Najib akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah  Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara.

“SPRM juga sedang bekerjasama dengan Polis DIRaja Malaysia (PDRM) bagi merakam percakapan beliau sebelum dihadapkan ke mahkamah esok,” kata kenyataan itu.

Tambah SPRM, antara siasatan dengan PDRM termasuk Akta Pencegahan Penggubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001. – MalaysiaGazette