Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.
Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz masih ‘terselamat’ daripada tindakan disiplin selagi UMNO belum mengumumkan parti akan bertanding di Port Dickson atau tidak.

Namun menurut Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, berkempen untuk parti lawan tatkala parti yang diwakili mempunyai calon sendiri sudah tentu melanggar peraturan.

“Jadi, kita anggapkan kenyataan itu kenyataan peribadi masing. Tidak menyalahi peraturan parti kerana parti belum buat apa-apa keputusan. Lainlah kalau parti sudah buat keputusan, letak calon, kemudian kita kempen untuk calon lawan parti maka itu salah.

“Sekarang ini masih boleh, jadi bila dah umum calon tidak boleh, menjadi peraturan parti,” katanya.

Terdahulu, Mohamed Nazri dilaporkan menyatakan hasrat untuk berkempen bagi pihak Anwar pada PRK Port Dickson.

Antara nama lain yang turut dilaporkan menyatakan hasrat sama ialah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos.-MalaysiaGazette