RHB
RHB
KUALA LUMPUR – RHB Research Sdn Bhd menjangka perubahan yang besar bagi Bajet 2019, dengan pengurangan yang ketara dalam bidang tertentu susulan kerajaan menyelaraskan proses bidang yang dijangka menyaksikan pengurangan yang ketara sehingga 10 peratus termasuklah bekalan dan perkhidmatan, yang diperuntukkan RM33.6 bilion atau 12 peratus daripada jumlah Bajet 2018, selain geran dan pindahan, yang menerima RM38 bilion atau 13.6 peratus sebelum ini.perolehannya dan memperkenalkan tender terbuka untuk semua perolehan awam.

Dalam nota hari ini, Ahli Ekonomi Vincent Loo Yeong Hong berkata, bidang yang dijangka menyaksikan pengurangan yang ketara sehingga 10 peratus termasuklah bekalan dan perkhidmatan, yang diperuntukkan RM33.6 bilion atau 12 peratus daripada jumlah Bajet 2018, selain geran dan pindahan, yang menerima RM38 bilion atau 13.6 peratus sebelum ini.

Beliau berkata, bidang lain yang mungkin terlibat termasuklah perbelanjaan pembangunan seperti yang dapat dilihat melalui langkah kerajaan baru-baru ini dengan membatalkan atau menangguhkan projek-projek infrastruktur, selain emolumen penjawat awam selepas penamatan 17,000 lantikan politik.

“Subsidi (RM26.5 bilion atau 9.5 peratus daripada perbelanjaan) dijangka menyaksikan penurunan yang sederhana sebanyak tiga hingga lima peratus berikutan kerajaan menyatakan subsidi minyak akan disasarkan untuk kereta dengan kapasiti enjin di bawah 1,300cc dan motosikal di bawah 125cc,” kata Loo.

Ahli Ekonomi itu juga berkata, kerajaan perlu mengetatkan perbelanjaannya berikutan ia menghadapi pengurangan dari segi perolehan susulan penggantian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), selain membenarkan syarikat untuk tolak selesai ke atas pulangan cukai pendapatan yang terhutang pada tahun-tahun sebelumnya bagi cukai yang perlu dibayar pada tahun-tahun akan datang.

“Ini membawa kepada kutipan cukai yang lebih rendah pada tahun-tahun akan datang,” katanya.

Loo berkata, kerajaan telah menyatakan sebanyak RM19.2 bilion bayaran balik GST telah tertangguh dan RM16 bilion lagi bayaran balik cukai individu dan syarikat belum dikembalikan, melibatkan tempoh selama enam tahun serta 1.65 juta individu dan syarikat.

“Kerajaan telah membenarkan pembayar cukai yang belum menerima bayaran balik cukai membuat permohonan tolak selesai ke atas cukai pendapatan yang perlu dibayar untuk tahun semasa. Mengenai bayaran balik GST, ia memberi jaminan kepada syarikat bahawa mereka akan menerima bayaran balik GST mereka mulai tahun depan.

“Walaupun tempoh bayaran balik itu dalam tempoh tiga hingga lima tahun, bayaran tahunan GST dan bayaran balik cukai pendapatan masih besar antara RM7.1 bilion dan RM11.8 bilion,” kata Loo, sambil menambah defisit Bajet 2019 dijangka dikekalkan pada 2.8 peratus. – MalaysiaGazette