Lebih 600 anggota dan pegawai polis yang sebelum ini berkhidmat di bawah beberapa pasukan khas akan ditempatkan di 10 jabatan lain dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.
Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

KUALA LUMPUR – Proses dalam permohonan untuk menyenaraikan mana-mana individu dalam notis Interpol bergantung kepada protokol dan ia mengambil masa serta harus melalui proses teliti yang ditetapkan oleh agensi antarabangsa berkenaan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, berlandaskan protokol sama, Interpol akan menetapkan sama ada nama yang tersenarai akan dipaparkan untuk umum atau pihak berkuasa sahaja.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan yang mendakwa nama ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low dan bapanya tiada dalam senarai Interpol.

Mohamad Fuzi berharap penjelasan itu tidak lagi menimbulkan salah faham atau persepsi tidak benar berhubung tindakan yang sedang diambil oleh polis ke atas Jho Low dan bapanya. – MalaysiaGazette