Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial, Menara KPJ, Jalan Tun Razak untuk rakaman percakapan oleh pihak polis mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 di Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 20 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pagi ini dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman.

Kenderaan yang membawa beliau dilihat keluar dari Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya pukul 8.55 pagi tadi.

Ahli Parlimen Pekan itu dibawa ke Bukit Aman dengan menaiki kenderaan jenis Toyota Alphard berwarna hitam.

Difahamkan, Najib dibawa ke sana bagi tujuan untuk direkod kenyataan sebelum dibawa ke Mahkamah sesyen Kuala Lumpur pukul 3 petang ini untuk pertuduhan.

Najib ditahan SPRM sejak semalam dan akan menghadapi beberapa pertuduhan di bawah Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009 setelah mendapat izin mendakwa daripada Pejabat Peguam Negara. – MalaysiaGazette