Najib Razak
Kenderaan jenis Toyota Alphard yang dipercayai membawa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak meninggalkan Ibu Pejabat SPRM menuju ke Menara 238, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman sebelum dibawa ke Mahkamah Kuala Lumpur bertempat di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Putrajaya. foto AFIQ RAZALI, 20 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menghadapi 21 pertuduhan di bawah sesyen 4(1) Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 melibatkan AS$681 juta.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim berkata, daripada jumlah itu sebanyak sembilan pertuduhan melibatkan penerimaan wang haram manakala lima pertuduhan melibatkan penggunaan wang haram dan tujuh pertuduhan melibatkan pengedaran wang haram ke entiti lain,” katanya dalam kenyataan.

“Beliau akan dikemukanan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur untuk proses
pertuduhan oleh Timbalan Pendakwa Rraya di bahawah sesyen 4(1) AMLATFA
2001,” katanya dalam kenyataan.

Najib yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak semalam dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dari ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada pukul 8.55 pagi tadi.

Menurut Noor Rashid, Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahann Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara (UKPN), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) setelah mendapat persetujuan daripada Jabatan Peguam Negara telah membuat tangkapan ke atas Najib semalam di perkarangan Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram, Menara KPJ di Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette