Najib Razak
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dibawa ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi menghadapi beberapa pertuduhan mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah 2009 berhubung kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) di Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 20 SEPTEMBER 2018.

KUALA LUMPUR – Pegawai Jabatan Keadilan (DoJ), Amerika Syarikat hadir bagi mengikuti prosiding mahkamah terhadap bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak di Mahkamah Sesyen hari ini.

Dua pegawainya dilihat berada dalam mahkamah menunggu Najib dituduh.

Difahamkan, salah seorang daripadanya dikenali sebagai Justin McNair berada di sini.

DoJ merupakan sebuah badan yang memainkan peranan penting dalam pendedahan membabitkan dakwaan pengubahan wang haram melibatkan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) melibatkam Najib.

Jabatan itu sebelum ini telah memfailkan saman pelucutan hak terhadap aset-aset yang dikaitkan dengan 1MDB di negara berkenaan.

Ketika ini mahkamah sedang menjalankan prosiding ke atas Najib.

Perdana menteri keenam itu ditahan SPRM pada jam 4.13 petang semalam atas kes 1MDB yang melibatkan kemasukan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya.

Beliau, sebelum ini didakwa dengan tujuh pertuduhan jenayah pada bulan Julai dan Ogos lepas. – MalaysiaGazette