Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin
Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Pagi tadi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa malu beliau kerana ada peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) enggan membayar balik pinjaman.

Sikap itu, katanya, menyebabkan hutang tekumpul yang tidak dibayar adalah sebanyak RM36 bilion.

Rentetan daripada itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar membangkitkan beberapa persoalan berkaitan keengganan peminjam membayar balik pinjaman PTPTN.

Tun M malu peminjam enggan bayar PTPTN

Khairy yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan bertanya: “Siapa yang keluarkan mereka dari senarai hitam?

“Siapa yang janji mereka hanya perlu bayar selepas gaji bulanan mencapai RM4 ribu sebulan?

Beliau turut bertanya apa cadangan untuk meningkatkan pembayaran balik hutang PTPTN. – MalaysiaGazette