TERKINI : Tun M Malu Peminjam Enggan Bayar PTPTN

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyalahkan rakyat Malaysia kerana gagal membayar semula pinjaman pendidikan yang kini mencecah RM36 bilion hutang tertunggak.

Mahathir berkata, beliau berasa malu dengan sikap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang enggan melunaskan hutang pendidikan mereka walaupun mampu membayarnya.