Annuar Musa
Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa menyifatkan dakwaan Khairy Jamaluddin bahawa ketidakpuasan hati terhadap kerjasama parti itu dengan Pas punca Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar parti sebagai spekulasi yang tidak tepat. 

Sebaliknya Annuar mendedahkan maklum alasan Mustapa meninggalkan parti terserbut tanpa menyebutnya kepada pemberita hari ini. 

“KJ (Khairy) ada tweet mengatakan Tok Pa keluar kerana ada kaitannya dengan soal kerjasama UMNO dengan Pas tapi bila saya semak KJ tidak bercakap dengan Tok Pa bermakna KJ hanya membuat spekulasi.

“Saya juga ada versi saya, saya tahu Tok Pa keluar bukan kerana kerjasama UMNO dengan Pas 

“Tok Pa tidak pernah menolak bahawanya begitu. Isunya bukan itu. Tidak mungkin dia keluar parti sebab itu sahaja. 

“Saya boleh beri penegasan dalam konteks kenyataan KJ itu sudah pastinya tersasar maka ianya hanya satu telahan KJ sendiri dalam UMNO membuat telahan menberi pandangan sendiri tidak merupakan satu masalah silakan,” katanya ketika sidang media di Menara Dato’ Onn hari ini. 

Annuar hanya menyebut bahawa Mustapa kini sedang disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan menerima sejumlah wang. 

“Apa yang saya boleh sahkan UMNO Kelantan termasuk Tok Pa disiasat beberapa hari tentang sejumlah dana yang diterimanya daripada pihak tertentu. 

“Adakah sebabnya itu awak kena tanya dia,” tambah Annuar yang memaklumkan bahawa siasatan terhadap Mustapa berlaku lebih kurang 10 hari yang lalu.

Terdahulu Mustapa umum keluar parti pada Selasa kerana mendakwa perjuangan UMNO kini tidak selari. – MalaysiaGazette