Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.
Lim Lip Eng

KUALA LUMPUR – Walaupun permintaan dana daripada kerajaan merupakan perkara yang agak biasa, tetapi apa yang berlaku ke atas Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng ternyata luar biasa apabila beliau menerima permohonan peruntukan untuk mengusir hantu.

China Press melaporkan, pejabat Lip Eng pada Selasa lalu telah menerima aduan daripada seorang wanita yang mengadu asyik terserempak dengan hantu.

Wanita itu pada mulanya tinggal di dalam sebuah rumah teres, tetapi berpindah ke kondominium untuk mengelakkan makhluk-makhluk halus.

Namun begitu, perpindahan rumah ternyata tidak menyelesaikan masalah apabila dia masih terserempak hantu di dalam kondominuim.

“Wanita itu mendakwa menemui banyak hantu dalam kondominium dan memohon bantuan. Dia meminta peruntukan diberikan untuk mengusir hantu,” kata Lip Eng.

Walaupun aduan hantu sukar diselesaikan wakil rakyat, tetapi sudah ada ahli parti yang menawar diri untuk mencari ‘sifu’ untuk mengusir hantu di rumah pengadu.

Lip Eng berkata, ini bukan kali pertama beliau menerima aduan yang berhubung dengan alam ghaib.

“Sebelum ini, saya juga menerima aduan bahawa satu jalan dihuni hantu dan pengadu meminta peruntukan disediakan untuk menjalankan upacara pengusiran hantu.

” Pusat perkhidmatan saya tetap melayan aduan-aduan ini dengan bersopan. Pengadu akan diberitahu bahawa aduan mereka akan cuba diselesaikan dengan semampu yang boleh,” katanya.

1 Komen

  1. Halau hantu pun perlukan peruntukan..
    Cina ni macam macam.. Kene percaya mereka mahu mati pun kene peruntukan besar…
    Jadi LGE kene unjurkan peruntukan budget 2019 utk project khas ini..
    Yessssss Malay malay malaiiii..

Comments are closed.