Datuk Seri Jamal Md Yunos
Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak dilantik sebagai Ketua Umum UMNO dengan serta merta.

Itu permintaan Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan beliau mahu cadangannya itu dibincangkan oleh mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO malam ini.

Menurut beliau, dalam keadaan sekarang pelantikan Najib akan memberi semangat kepada ahli-ahli UMNO semula.

Melalui jawatan ketua umum seperti yang ada pada PKR dan mursyidul am dalam Pas, Najib mungkin ada caranya untuk ke depan membela parti secara lebih berkesan.

“Jangan biarkan bekas pemimpin kita keseorangan,” ujar Jamal.- MalaysiaGazette