Reezal Merican Naina Merican.
Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

KUALA LUMPUR – Bekas Timbalan Menteri Luar kesal dengan kenyataan tidak profesional Datuk Saifuddin Abdullah.

“Jujurnya, saya terkejut dengan kenyataan Menteri Luar tidak kira sma ada mesyuarat tertutup atau sosial media Reezal Merican Naina Merican dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, Saifuddin mungkin akan mendakwa ia kenyataan peribadi namun beliau kena ingat beliau sekarang menteri yang hampir tidak ada privasi.

Menurut Reezal Merican, Saifuddin sepatutnya mendapat panduan dan nasihat pegawai kanan kementeriannya.

Saifuddin dalam twitternya hari ini menyatakan ada dua negara yang tidak beliau suka kerajaannya tapi terpaksa dilawati juga kerana urusan agama dan urusan negara.- MalaysiaGazette