Battersea
Ibu pejabat Apple Inc di Stesen Janakuasa Battersea, London

KUALA LUMPUR – Apple Inc. membuat pelan kecemasan sekiranya pembinaan ibu pejabat terbaharunya di Battersea Power Station, London terlewat dari jadual.

Menurut akhbar Times, pembuat iPhone itu sedang dalam rundingan awal untuk melanjutkan pajakan sedia ada di samping mencari ruang pejabat sementara sekiranya perlu, kata akhbar berkenaan yang memetic sumber dari pasaran hartanah.

Projek tersebut dilaksanakan oleh pemaju-pemaju Malaysia yang yakin ia mampu disiapkan mengikut jadual.

“Kami yakin stesen kuasa itu mampu disiapkan mengikut jadual dan kami tidak sabar untuk melihat Apple menggunakan ruang baharu mereka di situ pada Disember 2020 nanti,” kata jurucakap Battersea Power Station Development Company.

Pejabat media Apple tidak dapat dihubungi di luar waktu pejabat.

Ibu pejabat Apple terbaharu itu merupakan sebahagian daripada projek pembangunan semula kawasan yang terletak di bahagia selatan Sungai Thames.

Syarikat tersebut memajak kira-kira 500,000 kaki persegi ruang pejabat dan merancang memindahkan 1,400 kakitangannya ke situ.- Bloomberg.