Pasukan pencari dan penyelamat mengangkat mayat mangsa yang terkorban dalam tragedi di Tasik Victoria. foto Agensi

DAR ES SALAAM – Jumlah mangsa yang terkorban dalam kejadian feri terbalik di Lake Victoria meningkat kepada 224 orang setakat petang semalam.

Pengurus kapal itu telah ditahan.

Feri MV Nyerere terbalik pada Khamis lalu, beberapa meter dari dermaga Ukerewe. pulau terbesar di tasik tersebut.

Punca tragedi itu masih belum diketahui tetapi siasatan awal menunjukkan feri berkenaan membawa leih muatan.

Perdana Menteri Tanzania, Kassim Majaliwa berkata, pihak-pihak yang menguruskan operasi feri itu telah ditahan.

Malah, kerajaan akan menubuhan Suruhanjaya Siasatan Khas untuk menyiasat kemalangan tersebut dan tindakan akan diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab. – MalaysiaGazette