PONTIAN – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjangkakan pelaksanaan Permit Masuk Kenderaan (VEP) ke atas semua kenderaan asing yang memasuki negara ini melalui Tambak Johor dan Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) bermula hujung tahun ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Saharuddin Khalid berkata, sistem permit itu kini dalam peringkat ujian akhir, sebelum dimuktamadkan Kementerian Pengangkutan.

“Saya sedang menunggu laporan akhir dan dijangka di terima Oktober ini sebelum mendapat kata putus daripada kementerian.

“Pelaksanaan ini tidak memberi tekanan kepada negara sempadan memandangkan ia hanya melibatkan urusan kita dan sempadan kita,” katanya selepas melawat pegawai JPJ yang hilang upaya kekal di Kampung Sawah Dalam di sini, hari ini.

VEP sebelum ini ditangguhkan kerajaan kerana mahu menyeragamkan pelaksanaan di Malaysia-Singapura dan Malaysia-Thailand. – Bernama

Tinggalkan Jawapan