Logo OPEC pada bangunannya di Vienna. foto Reuters

ALGERIA – OPEC dan sekutunya Rusia akan hanya meningkatkan pengeluaran minyak jika terdapat permintaan.

Keputusan itu dengan kata lain bermaksud OPEC akan meningkatkan pengeluaran minyak jika perli.

Bagaimanapun, fundamental pasaran minyak tidak menunjukkan ia adalah keperluan sekarang.

“Alasan mengapa Arab Saudi tidak meningkatkan bekalan kerana semua pelanggan menerima bekalan seperti yang mereka mahukan.

“Arab Saudi akan mengepam lebih banyak minyak pada bulan September dan meningkatkan lagi pada bulan Oktober,” katanya selepas mengadakan mesyuarat OPEC.

Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutu-sekutunya kini sedang meningkatkan juta tong tambahan sehari untuk mengisi jurang bekalan dari Venezuela dan Iran.

Al-Falih, yang menyuarakan keprihatinan terhadap peningkatan permintaan dan stok minyak berkata, OPEC mungkin mencapai sasaran itu dalam masa dua hingga tiga bulan lagi.

OPEC yang tidak memberi tindakan balas positif terhadap permintaan Trump yang mahu menurunkan harga yang kini hampir AS$80 setong.

Tindakan ini memperlihatkan matlamat Trump untuk melumpuhkan ekonomi Iran melalui sekatan tanpa menaikkan harga secara signifikan adalah sukar. – MalaysiaGazette