Persiapan Perhimpunan Agung UMNO 2018 ketika tinjauan lensa MalaysiaGazette sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 yang bakal tiba tidak lama lagi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 22 SEPTEMBER 2018

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) yang akan berlangsung pada Sabtu ini perlu menjadi titik perubahan untuk parti itu, kata bekas Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

“Jika PAU ini gagal memberi hala tuju yang jelas kepada ahli parti dan rakyat, dikhuatiri lebih ramai pemimpin bakal keluar dari UMNO,” katanya dipetik melalui laman Twitter beliau, hari ini.

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin

Beliau berkata demikian dipercayai merujuk tindakan Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Al-Habshee yang mengumumkan keluar UMNO pagi tadi.

Sebelum ini, dua Ahli Parlimen dari UMNO, iaitu Datuk Seri Mustapa Mohamed (Jeli) dan Datuk Seri Anifah Aman (Kimanis) keluar parti itu. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan