TERKINI : “Pemimpin UMNO Semua Telur Dah Kene Pegang kecuali Najib” – Jamal Yunos

Datuk Seri Jamal Md Yunos mendakwa sikap kebanyakan pemimpin UMNO yang berdiam diri daripada bersuara terhadap sesuatu isu melibatkan kerajaan disebabkan kesemua mereka sudah mempunyai fail kes mahkamah.

Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar berkata, perkara itu diketahuinya semasa mengadakan pertemuan dengan beberapa anggota parti berkenaan dalam mesyuarat persediaan Perhimpunan Agung UMNO 2018, di PWTC semalam.

Katanya, perkara tersebut menjadi punca kenapa pemimpin-pemimpin UMNO yang berjawatan ‘sepi’ daripada mengkritik kerajaan kecuali bekas presiden parti itu, Datuk Seri Najib Razak.