Lim Guan Eng
Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dilihat seolah-olah masih terasa hati serta merajuk dengan kritikan daripada pembangkang khasnya Pas berikutan kenyataan ‘menghina’ beliau beberapa hari lepas di Dewan Rakyat.

KUALA LUMPUR – Kerajaan sama sekali tidak akan membenarkan pemaju-pemaju hartanah membina perbandaran eksklusif untuk warga asing.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, Kerajaan Pakatan Harapan menyambut baik pelaburan langsung asing (FDI), selagi ia memberi faedah kepada rakyat tempatan.

“Kita mengalu-alukan FDI terutama berkualiti tinggi supaya dapat memberi pekerjaan berkualiti kepada rakyat tempatan dan meransang pertumbuhan Malaysia.

“FDI perlu memberi bisnes kepada peniaga tempatan dan pekerjaan kepada rakyat tempatan. Bukan import 100 peratus pekerja dari negara luar.

“Tetapi bukan membina perbandaran eksklusif untuk warga asing. Sama ada ia dari mana, ia bukan persoalannya. Ia mungkin perbandaran untuk Amerika, Jepun atau Korea, kalau ia dibina eksklusif untuk warga asing, saya tidak fikir mana-mana negara yang boleh terima situasi seperti ini,” katanya pada Persidangan Tahunan Pemaju-Pemaju Hartanah.

Jelasnya, pembelian hartanah kepada warga asing bukan masalah, kita menyambut baik kerana ia menjana wang kepada Malaysia.

“Tetapi membina perbandaran kepada warga asing, yang mana mereka tidak membeli hartanah di negara kira tetapi memegang unit kediaman di dalam negara tetapi sebagai unit percuma selepas membeli hartanah di luar negara, ia tidak memberi faedah kepada negara ini,” katanya.

Guan Eng berkata, Perdana Menteri tidak pernah menentang penjualan hartanah kepada warga asing tetapi bukan pembinaan perbandaran eksklusif kepada warga asing.

Dalam ucapannya itu, Guan Eng berharap pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) kepada sektor pembinaan akan mengurangkan harga hartanah, sekaligus dapat meningkatkan pemilikan kediaman dalam kalangan rakyat di negara ini.

“Sebab itu kita memberi sifar SST kepada perkhidmatan sektor pembinaan dan saya berharap pemaju akan memberi semula pengecualian ini dengan menurunkan harga.

“Jika tidak, sifar SST kepada perkhidmatan sektor pembinaan perlu dipertimbangkan semula kerana kerajaan menggunakan sebahagian besar dari pendapatan cukai pendapatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan