Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.
Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya, Abdul Latif ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini.

Abdul Azeez yang merupakan bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji (TH) ditahan kira-kira jam 11 pagi mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM bagi membantu siasatan menerima rasuah.

Manakala abangnya, Abdul Latif yang juga Pengurus Besar sebuah syarikat pengurusan hartanah ditahan di Sungai Buloh, kira-kira jam 11.30 pagi mengikut Akta SPRM 2009.

Pada 23 Mei lalu, SPRM Perlis melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Abdul Azeez untuk membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa. – MalaysiaGazette

 

Tinggalkan Jawapan