WASHINGTON – Seorang ditahan selepas diplomat Amerika Syarikat yang bertugas di Madagascar ditemui mati di kediamannya.

Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, mayat diplomat itu ditemui pada waktu malam.

Tetapi tiada butiran lain dimaklumkan.

“Keselamatan Diplomatik sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Malagasy untuk menyiasat dan suspek sudah ditahan,” katanya tanpa memberitahu identiti mangsa. – MalaysiaGazette