Rapid KL Laluan Monorel tidak mempunyai sebarang kaitan dengan program anjuran pertubuhan ‘Who is Hussin’, yang dipercayai dikelolakan oleh kumpulan pro Syiah.
Rapid KL Laluan Monorel tidak mempunyai sebarang kaitan dengan program anjuran pertubuhan ‘Who is Hussin’, yang dipercayai dikelolakan oleh kumpulan pro Syiah.

KUALA LUMPUR – Rapid KL Laluan Monorel tidak mempunyai sebarang kaitan dengan program anjuran pertubuhan ‘Who is Hussin’, yang dipercayai dikelolakan oleh kumpulan pro Syiah.

Kumpulan tersebut menjalankan aktiviti mengedarkan sumbangan donat percuma berdekatan dengan salah sebuah stesennya pada 22 September lepas sehingga menimbulkan kebimbangan orang ramai. 

“Rapid KL ingin menegaskan bahawa aktiviti berkenaan tidak berlaku di stesen monorel Bukit Bintang; tetapi telah dijalankan di luar stesen kami. Pihak kami tiada kaitan dengan aktiviti kumpulan berkenaan,” menurut satu kenyataan Rapid KL hari ini.

 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dalam satu kenyataan semalam, menyatakan pihaknya menyedari keresahan masyarakat terhadap program berkenaan dan telah membuat pemantauan berterusan berdasarkan aduan awam yang diterima melalui media sosial. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan