Pak Ngah begitu sinonim sebagai komposer yang mengubah lagu-lagu berentak tradisional dan etnik.

KUALA LUMPUR – Komposer yang terkenal dengan lagu irama Malaysia, Pak Ngah meninggal dunia di Batam, Indonesia pukul 3.05 petang tadi.

Berita tersebut dimaklumkan oleh allahyarham yang dikenali Megat namun ahli keluarga belum lagi mengeluarkan kenyataan rasmi.

Pak Ngah atau nama sebenarnya, Datuk Suhaimi Mohd. Zain berusia 60 tahun.

Allahyarham begitu sinonim sebagai komposer yang mengubah lagu-lagu berentak tradisional dan etnik.

Karyanya bukan sahaja dialunkan oleh penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza tetapi juga penyanyi-penyanyi irama tradisional dan etnik lain termasuk Noraniza Idris, Syura dan Zehra Zambri.

Lagu-lagu seperti Cindai, Balqis, Ya Maulai, Hati Kama (lagu duet Siti dengan Noraniza Idris) dan Nirmala merupakan senarai lagu ciptaan Pak Ngah untuk penyanyi itu yang begitu mendapat tempat di hati peminat seni hiburan tempatan.

Anak kelahiran Kampung Baru, Kuala Lumpur ini dikenali sebagi seorang yang bersahaja dan kelakar.

Pak Ngah memulakan karier sebagai pemuzik sepenuh masa di Kompleks Budaya Negara (KBN) sekitar tahun 1977 selepas tamat pemeriksaan MCE. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan