Mike Krieger (kiri) dan Kevin Systrom.

SINGAPURA- Pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger meletakkan jawatan dan bakal meninggalkan syarikat tersebut dalam tempoh beberapa minggu lagi.

Menurut New York Times, Systrom selaku Ketua Pegawai Eksekutif dan Krieger selaku Ketua Pegawai Teknikal telah memaklumkan peletakan jawatan masing-masing kepada pasukan pengurusan dan syarikat induknya, Facebook Inc., semalam.

Menurut sumber, kedua-duanya tidak menyatakan sebab peletakan jawatan masing-masing.

Jurucakap Facebook bagaimanapun tidak dapat dihubungi untuk memberi komen, kata NYT.- MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan