Perletakan Jawatan Nazir Razak Dapat Perhatian Netizen | Edisi MG 25 September 2018

Pengumuman perletakan jawatan oleh Datuk Seri Nazir Razak sebagai Pengerusi CIMB Group Holdings Berhad melalui pos instagram beliau lewat petang semalam dikatakan bukan satu berita yang membimbangkan dan tidak memberi kesan negatif kepada kumpulan perbankan itu.

MIDF Research berkata, CIMB berada pada landasan sebenar untuk mencapai sasaran tahun 2018 dengan keuntungan bersih berkembang 3.3 peratus meskipun pendapatan bersih susut 5.2 peratus pada separuh pertama tahun ini.

Pos Instagram Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendapat perhatian netizen selain MEnteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman apabila menyatakan bahawa beliau akan melepaskan jawatannya pada 31 Disember uni selepas 29 tahun bersama dengan bank tersebut sejak 1989.