Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam lubang tadahan air dengan kesan tikaman di seluruh tubuh di Ladang Kambau, Kota Tinggi, dua hari lepas.
Seorang lelaki warga Indonesia ditemui mati dalam lubang tadahan air dengan kesan tikaman di seluruh tubuh di Ladang Kambau, Kota Tinggi, dua hari lepas.

KOTA KINABALU – Polis Sabah sedang menyiasat penulis sebuah blog yang  mendakwa seorang timbalan menteri persekutuan mempunyai hubungan sulit dengan pegawai khasnya.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammah berkata siasatan itu dijalankn susulan dua laporan polis yang diterima, masing-masing daripada Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Isnaraissah Munirah Majilis dan isteri kepada pegawai khasnya.

Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi sehingga siasatan ini selesai, katanya  kepada pemberita selepas  merasmikan upacara perbarisan dan amanat Pesuruhjaya Polis Sabah di Ibu Pejabat Polis Kontinjen  Sabah, Kepayan di sini hari ini.

Difahamkan, Isnaraissah Munirah yang juga Anggota Parlimen Kota Belud dan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan), mengetahui tentang artikel itu menerusi pautan yang dihantar kepadanya oleh seorang kawan melalui aplikasi WhatsApp.

–BERNAMA

Tinggalkan Jawapan