Kanak-kanak Palestin di sebuah sekolah bantuan UNRWA di Gaza. foto Reuters

NEW YORK – Sekolah-sekolah dan pusat-pusat kesihatan Palestin dalam keadaan berisiko jika ia tidak dapat bantuan berjumlah AS$185 juta yang diperlukan untuk terus beroperasi sehingga akhir tahun ini.

Pesuruhajaya Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNRWA), Pierre Krahenbuhl berkata, dana yang dimiliki oleh agensi milik PBB itu hanya cukup sehingga pertengahan Oktober sahaja.

“Tetapi sangat jelas bahawa kami masih memerlukan kira-kira AS$185 juta untuk memastikan perkhidmatan kami, sistem pendidikan, penjagaan kesihatan, bantuan dan perkhidmatan sosial serta bantuan kecemasan di Syria dan Gaza dapat diteruskan sehingga akhir tahun ini.

Amerika Syarikat pada bulan lepas telah mengumumkan untuk menghentikan bantuannya kepada UNRWA kerana menyifatkan ia sebagai “operasi tak terurus”.

Keputusan Presiden Amerika Syarikat itu telah meningkatkan ketegangan antara kepemimpinan Palestin dan pentadbiran Trump.

Peningkatan pelarian yang didakwa oleh Washington telah mendorongnya untuk menahan pembiayaan itu.

Nikki Haley, Duta Amerika Syarikat ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatuturut mempersoalkan “mengembalikan hak” kepada Israel, yang dituntut oleh rakyat Palestin sebagai sebahagian daripada penyelesaian keamanan.

“Apabila anda tidak mengatasi punca-punca konflik, apabila anda menerima UNRWA selama 70 tahun, itu bukan kerana UNWRA yang menanggung sendiri, ia kerana masyarakat pelarian masih menunggu penyelesaian politik untuk menangani keadaannya,” kata Krahenbuhl di Persidangan PBB.

Di bawah pemerintahan Trump, Washington telah mengambil beberapa tindakan yang telah mengasingkan rakyat Palestin, seperti mengakui Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel, menyebabkan kepimpinan Palestin memboikot usaha damai. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan