Federica Mogherini

LONDON – Negara-negara yang terlibat dalam rundingan nuklear Iran akan mewujudkan sistem pembayaran baharu bagi mengekalkan perniagaan mereka di Tehran.

Negara-negara itu adalah Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia.

Sistem itu akan memudahkan syarikat-syarikat minyak dan perniagaan untuk terus berdagang tanpa bergantung dengan pasaran global dan dolar Amerika Syarikat.

Bagaimana sistem itu akan beroperasi, ia masih sedang dikenal pasti.

Pelan Kerjasama Komprehensif itu telah dibentuk semasa Presiden Barack Obama seleas Iran telah melaksanakan had aktiviti nuklear.

Bagaimanapun, pada awal tahun ini, Presiden Donald Trump telah menarik balik perjanjian nuklear itu dan melaksanakan sekatan ke atas Iran.

Ketua Polisi Asing Kesatuan Eropah, Federica Mogherini yang mengumumkan pelan itu di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata, Britain, China, Perancis, Jerman dan Rusia mahu melindungi kebebasan pengendali ekonomi dalam menjalankan perniagaan dengan Iran.

Katanya, pakar teknikal akan membincangkan perincian mengenai mekanisme pembayaran itu. – MalaysiaGazette