Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim bersama dua orang suspek diiringi pegawai SPRM bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya, Putrajaya. foto IQBAL BASRI, 26 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pukul 10.30 pagi tadi bagi mendapatkan perintah tahanan reman.

Ahli Parlimen Baling yang tiba dengan berbaju lokap SPRM berwarna jingga dan bergari itu disiasat bagi kesalahan jenayah rasuah.

Turut dibawa ke mahkamah ialah abang beliau dan seorang saudara rapat. – MalaysaGazette

 

 

Tinggalkan Jawapan