MIC dan MCA enggan hadir ke Mesyuarat Dewan Tertinggi BN, Jumaat ini sekiranya dihadiri oleh Datuk Seri Nazri Aziz.

KUALA LUMPUR  – Barisan Nasional (BN) membentuk Jawatankuasa Portfolio (JKP) yang berfungsi sebagai Kabinet bayangan parti pembangkang. 

Jawatankuasa ini berperanan untuk semak dan imbang bagi Pakatan Haraoan mengikut setiap kementerian.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, setiap JKP terdiri daripada Pengerusi Bersama oleh dua ahli Parlimen BN.

“JKP ini nanti akan melantik sekurang-kurangnya tiga orang lagi dari kalangan profesional termasuk kalangan Wanita dan Pemuda khususnya barisan pelapis.

“JKP ini memainkan peranan ‘periksa dan imbang” bagi setiap kementerian. Ia juga sebagai pemerhati polisi serta menggubal dasar alternatif menyaingi dasar PH,” katanya menerusi kenyataan hari ini. 

Menerusi Jawatankuasa yang ditubuhkan BN, bekas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dilantik mempengerusikan JKP khas untuk Kementerian Kewangan.

Beliau turut terlibat mengetuai menggubal belanjawan alternatif BN.

Manakala Presiden BN, Datuk Seri Zahid Ahmad Hamidi di bawah portfolio Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Tengki Razaleigh Hamzah, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Seri Adham Baba.

Bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di bawah JKP Pertahanan bersama Datuk ABdul Rahim Bakri dan Datuk Zakaria Edris.

Manakala Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican JKP Luar Negeri dan Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee pula JKP Jabatan Perdana Menteri (undang-undang)

529D046C-E1F6-4A6B-8D04-32F0ED8C3D4F

15D007F8-0C8B-4578-AAEA-6F75CF54E3D5

Empat orang ahli Parlimen komponen BN yang turut menganggotai JKP ialah Datuk Seri Daravanan Murugan (MIC –  Menteri Kerja Raya), Datuk Seri Wee Ka Siong Menteri Pengangkutan mewakili  MCA dan Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) diwakili Arthur Joseph Kurup khusus untuk Menteri Kewangan.- MalaysiaGazette