Sekumpulan merpati di Wat Rakang, Thailand. foto Agensi

BANGKOK – Thailand sedang menimbang untuk memenjarakan mana-mana individu yang memberi makan kepada burung merpati.

Langkah itu bagi menangani risiko selsema burung dan wabak lain.

Pentadbiran Bangkok melancarkan kempen untuk menangkap burung merpati dan akan mengenakan larangan untuk individu yang memberi makan kepada haiwan itu.

Mereka yang melanggar peraturan itu boleh dipenjarakan sehingga tiga bulan dan denda 25,000 baht atau kedua-duanya sekali.

Bandar lain yang mengenakan larangan serupa ialah Venice.

Di Bangkok, merpati sering digelar “tikus sayap” – sering dijumpai di kawasan awam, termasuk kuil, pasar dan taman awam. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan