Sejarah tercipta, pertama kali dalam sejarah Malaysia wanita mempengerusikan mesyuarat Kabinet - Datuk Seri Wan Azizah Ismal. #WomenPower

KUALA LUMPUR – Buat pertama kali dalam sejarah pentadbiran kerajaan Persekutuan, seorang pemimpin wanita mempengerusikan mesyuarat Kabinet.

Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Wan Azizah Ismail bertindak mempengerusikan mesyuarat menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini berada di Amerika Syarikat.

Wan Azizah di laman Twitternya memaparkan foto mesyuarat Kabinet yang dipengerusikannya itu.

Duduk bersebelahan beliau Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

Beliau turut menyertakan #WomenPower mengiringi gambar tersebut. – MalaysiaGazette