Watak asal Puteri Tiana berkulit Gelap dikembalikan dalam filem terbaharu Disney yang akan ditayangkan di pawagam seluruh dunia tidak lama lagi.

NEW YORK – Disney terpaksa mengembalikan semula puteri berkulit gelapnya yang pertama selepas para pengiklan membantah kulit watak itu dicerahkan untuk filem terbaharunya.

Puteri Tiana menjadi puteri hitam pertama syarikat itu sejak dihasilkan untuk watak The Princess and The Frog sembilan tahun lalu.

Namun peminatnya yang sedang menantikan filem terbaharunya bertajuk Wreck It Ralph 2 menyedari bahawa warna kulit puteri itu dicerahkan dan rambutnya diluruskan dalam treler filem itu.

Organisasi Amal Anti Perkauman berkata, perubahan itu telah mendorong petisyen dibuat dan terus menghubungi Disney berhubung penampilan baharu puteri itu.

Organisasi berkenaan turut memaklumkan penggambaran filem baharu itu tidak boleh diterima sambil menuduh Disney tidak mengambil peduli tentang ‘kepelbagaian komuniti hitam’.

Petisyen rasmi itu berbunyi:” Imej cerah Tiana yang diwujudkan untuk filem terbaharu Disney, Ralph Breaks the Internet: Wreck It Ralph 2 tidak boleh diterima.

“Anda (Disney) telah mengubah bibir sempurna Puteri Tianam hidung besar, kulit gelap dan rambut kerinting dan menggantikan dengan ciri Eurosentrik iaitu hidung nipis, rambut kerinting longgar dan tona kulit cerah yang lebih signifikan.

watak cerah puteri tiana
Watak Puteri Tiana dengan berkulit cerah (tiga dari kiri) dalam filem terbaharu Disney menerima kritikan hebat sebelum imej asalnya dikembalikan.

“Perwatakan berkenaan yang membolehkan Puteri Tiana lebih cantik dan menawan.

“Puteri Tiana merupakan keperibadian Disney yang penting dan mengubah penampilannya merupakan satu tindakan tidak bertanggungjawab tanpa mempertimbangkan semua remaja lelaki dan wanita yang menyukai watak Tiana, ” dakwa mereka.

Lagipun ujar mereka, Puteri Tiana adalah watak pertama puteri berkulit gelap dalam filem fantasi Disney.

Majoriti remaja lelaki dan perempuan teruja Disney akhirnya memiliki puteri menyerupai warna komuniti itu.

Walhal mereka berupaya merasai identiti bangsa dan kebudayaan komuniti itu dihargai dalam kalangan masyarakat umum dan keperibadian dalaman itu dizahirkan dalam rupa Tiana.

Selepas mengambil kira segala rungutan itu, akhirnya Disney mengeluarkan imej baharu yang mengembalikan penampilan asal Tiana berkulit gelap.

Pengarah kempen anti perubahan warna itu, Brand Collins-Dexter menghargai lakaran baharu Tiana yang dikembalikan kepada asal sambil menyifatkannya sebagai kejayaan kempen mereka.

“Keputusan Disney mengembalikan rupa imej asal Tiana kejayaan untuk semua khususnya komuniti berkulit gelap di serata dunia,” katanya.

Manakala Ketua Pegawai Eksekutif Perubahan Warna Rashad Robinson dalam twitternya mengesahkan imej penampilan asal Tiana dikembalikan dalam filem terbaharunya.

“Apabila perempuan berkulit gelap menonton #WreckItRalph2 mereka akan melihat Tiana dan puteri berwarna lain menyerupai mereka dalam skrin #BlackGirl Magic,” katanya.