Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini. - KP Kesihata, Datuk Noor Hisham Abdullah
Sebanyak 42 kes baharu keracunan makanan (KRM) yang disyaki berpunca daripada memakan laksa yang dibeli di premis di Kupang, Baling telah direkodkan sehingga kini. - KP Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Empat lagi kematian akibat keracunan metanol dilaporkan, dengan tiga dari Selangor dan satu di Kuala Lumpur, menjadikan jumlah terkini kematian yang direkodkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meningkat kepada 37 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada jumlah kematian yang dilaporkan KKM sehingga 12 tengah hari Selasa, 23 kes direkodkan di Selangor, 11 di Kuala Lumpur dan tiga di Perak.

Berdasarkan kewarganegaraan, kematian melibatkan 10 warga tempatan, Bangladesh (dua), India (dua), Myanmar (11) dan Nepal (lapan), manakala empat lagi tidak diketahui kewarganegaraan.

Beliau berkata KKM menerima 93 notifikasi kes keracunan metanol daripada kemudahan kesihatannya sejak 15 September hingga 12 tengah hari tadi.

“Dengan pertambahan ini menjadikan jumlah kes keracunan metanol di Kuala Lumpur adalah 17 kes, Negeri Sembilan meningkat kepada dua kes manakala Selangor dan Perak kekal pada 62 dan 12 kes masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Noor Hisham berkata, daripada jumlah pesakit yang dicatatkan menerima rawatan di hospital, lapan didapati stabil dan dibenarkan pulang.

Sebanyak 23 pesakit masih lagi menerima rawatan di 12 hospital sekitar Selangor, Kuala Lumpur, Perak dan Negeri Sembilan.

Beliau berkata, daripada 23 pesakit yang masih menerima rawatan di hospital, lapan daripadanya adalah kes kritikal.

Orang ramai diseru untuk membawa segera ahli keluarga atau rakan-rakan yang mempunyai gejala keracunan metanol seperti sakit perut, loya, muntah, sakit kepala, kabur penglihatan dalam tempoh lima hari pengambilan minuman beralkohol ke mana-mana klinik atau hospital terdekat untuk menerima rawatan.

“KKM akan terus memantau situasi dan mengambil langkah-langkah pencegahan dan kawalan bagi menangani kejadian ini,” katanya.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan