Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.
Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

KUALA LUMPUR – Pas malam ini mengumumkan akan bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson pada 13 Oktober ini.

Calon parti itu akan diumumkan malam esok, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Keputusan untuk bertanding itu berbeza dengan pendirian Pas sebelum ini iaitu tidak akan meletakkan calon di PRK Port Dickson yang diadakan bagi memberi laluan kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi ahli Parlimen.

Menurut Abdul Hadi, pendirian terbaharu Pas itu diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa Harian Pas Pusat selepas mengambil kira pelbagai faktor. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan