Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US hari ini, walaupun Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan satu lagi kenaikan tarif ke atas barangan China pada awal Disember. 

KUALA LUMPUR – Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini berikutan kurangnya permintaan terhadap mata wang tempatan, kata peniaga.

Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.1390/1430 berbanding dolar US daripada 4.1350/1390 pada penutup semalam.

Ketua Dagangan Oanda untuk Asia Pasifik, Stephen Innes, berkata ringgit didagangkan rendah menjelang pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Kebangsaan malam ini yang kritikal yang akan membentuk aliran pasaran mata wang.

“Dengan jumlah dagangan adalah tinggi berbanding purata, kebanyakan mata wang G-10 terhad kepada jajaran yang ketat,” katanya kepada Bernama.

Ringgit didagangkan rendah berbanding beberapa mata wang.

Ia susut berbanding yen pada 3.6648/6699 daripada 3.6638/6677 pada penutup Selasa dan rendah berbanding euro pada 4.8695/8747 daripada 4.8644/8699 semalam.

Ringgit juga susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0320/0354 daripada 3.0273/0309 dan menurun berbanding pound British kepada 5.4486/4543 daripada 5.4400/4465 pada Selasa. – MalaysiaGazette

Tinggalkan Jawapan