Rokok yang dijual di restoran dikecualikan SST. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Rokok dan produk tembakau yang dijual di restoran dikecualikan daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Ikan masin/kering, makanan laut dalam kategori crustacean dan mollusk HS code, kacang tanah, beg plastik untuk pembungkusan beras, sewa ruang pejabat dalam restoran, kapal, feri dan bot turut dikecualikan daripada cukai tersebut.

Selain itu, kad prabayar telefom bimbit dan komponen CKD import oleh pemasangan kereta francais tempatan.

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, senarai baharu barangan yang dikecualikan SST ini hasil penelitian segala maklum balas dan rayuan kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

Katanyaa, walaupun kerajaan sudah mengecualikan SST bagi kad prabayar, masih ada pengguna yang dikenakan caj tersebut.

Oleh itu, syarikat-syarikat telekomunikasi diminta memaklumkan melalui kedai jualan dan edaran mereka bahawa kad prabayar telah dikecualikan daripada SST untuk rakyat Malaysia.

Guan Eng berkata, kerajaan juga telah mempertimbangkan rayuan pengendali-pengendali restoran untuk menaikkan ambang pendapatan kepada RM1.5 juta berbanding RM500,000 sebelum ini.

Ia sebagai langkah meringankan beban rakyat.

“Kelonggaran tambahan juga diberikan dengan mengeluarkan hasil jualan rokok, kertas tisu dan sewaan daripada warung kecil daripada pengiraan nilai ambang restoran dan kedai kopi.

Kadar cukai jualan bagi beberapa barangan diturunkan daripada 10 peratus kepada 5 peratus.

Barangan tersebut adalah kosmetik, produk kecantikan dan penjagaan kulit, aksesori telefon bimbit, jam, tayar celup, tayar dan tiub motosikal. – MalaysiaGazette