Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 SEPTEMBER 2018.

PUTRAJAYA – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor hadir di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tepat jam 9.52 pagi.

Beliau yang berbaju kurung dan bertudung hijau tiba dengan menaiki kereta Proton Perdana berwarna hitam bernombor pendaftaran WLD11 tanpa ditemani ahli keluarganya.

Rosmah diiringi peguamnya kanan, K Kumaraendran dilihat tenang memasuki bilik memberikan keterangan.

Ini kali kedua Rosmah dipanggil SPRM bagi mendapatkan keterangan, namun kali ini berkaitan kes penggubahan wang haram.

MGF26092018_ROSMAH MANSOR SPRM06
Datin Seri Rosmah Mansor iaitu isteri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir bagi memberi keterangan berkenaan penggubahan wang haram di Sururanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Putrajaya. foto SYAFIQ AMBAK, 26 SEPTEMBER 2018.

Rosmah sebelum ini pada 5 Jun lalu memberikan keterangan berhubung siasatan kes terhadap SRC International Sdn Bhd.

Tindakan memanggil Rosmah dipercayai bagi membolehkan siasatan selanjutnya berhubung lebih 20 pertuduhan jenayah yang kebanyakannya membabitkan kes pengubahan wang haram.

Di perkarangan SPRM, berlaku sedikit kekecohan apabila wartawan dan jurugambar hanya dibenarkan memasuki pekarangan beberapa minit sebelum kehadiran Rosmah di sini. -MalaysiaGazette

Media berkampung di SPRM buat liputan sesi keterangan Rosmah

Rosmah perlu hadir di ibu pejabat SPRM esok

Siasatan terhadap Rosmah Mansor selesai

Tinggalkan Jawapan